Seksyen 58
Kuasa untuk menghendaki pemaju untuk menyambungkan pembangunan ke sistem pembetungan awam
of Akta Industri Perkhidmatan Air 2006
ActIn forceProvision 58 of 194
Seksyen 58
(2)
Jika pemaju yang kepadanya arahan di bawah subseksyen
(1)
telah dikeluarkan tidak mematuhi arahan itu dalam tempoh yang dinyatakan dalam arahan itu, Suruhanjaya atau mana-mana orang yang diberi kuasa oleh Suruhanjaya boleh membina atau memasang paip sambungan persendirian itu atau menyebabkan supaya paip itu dibina atau dipasang dan mendapatkan belanja yang dilakukan dalam membina dan memasang paip sedemikian daripada pemaju.