Skip to content
In forceUpdated to 1 Aug 2006Read it in English
Contents

Bahagian IV · Peruntukan yang Berhubungan Dengan Sistem Bekalan Air, Perkhidmatan Bekalan Air, Sistem Pembetungan dan Perkhidmatan Pembetungan

55. Sekatan bekalan air

Feedback & support
(1)

Jika Suruhanjaya mendapati bahawa terdapat sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa mana-mana premis telah digunakan atau akan digunakan bagi pelakuan suatu kesalahan di bawah Akta ini atau perundangan subsidiarinya atau di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain atau atas apa-apa alasan lain yang disifatkan patut oleh Suruhanjaya, Suruhanjaya boleh mengarahkan supaya pemegang lesen pengagihan air itu memotong bekalan air ke premis tersebut.

Undang-Undang Malaysia 54

(2)

Pemegang lesen pengagihan air itu boleh, mengikut kehendak dan tatacara yang dinyatakan dalam kaedah-kaedah yang dibuat oleh Suruhanjaya di bawah seksyen 180—

(a)

memberhentikan secara sementara bekalan air ke mana-mana premis; atau

(b)

mengurangkan atau mengubah haluan secara keseluruhan atau sebahagiannya mana-mana paipnya atau mana-mana bahagian paipnya, bagi maksud menjalankan penyenggaraan dan pembaikan atau pengubahan perlu apa-apa sistem bekalan air atau sebahagian daripada sistem itu.

(3)

Walau apa pun subseksyen (2), jika pada pendapat pemegang lesen pengagihan air itu, bekalan air itu tidak selamat bagi maksud pembekalan biasa kepada orang awam atau menimbulkan risiko kesihatan kepada orang awam, maka pemegang lesen pengagihan air itu hendaklah dengan segera mengambil langkah-langkah di bawah subseksyen (2) dan hendaklah memberitahu Suruhanjaya mengenai langkah-langkah yang diambil itu dengan secepat yang dapat dilaksanakan.

(4)

Jika pemegang lesen pengagihan air mengetahui atau mempunyai sebab untuk mengetahui bahawa bekalan air tidak selamat bagi maksud pembekalan biasa kepada orang awam atau menimbulkan risiko kesihatan kepada orang awam dan tidak—

(a)

memberhentikan secara sementara bekalan air ke mana-mana premis; atau

(b)

mengurangkan atau mengubah haluan secara keseluruhan atau sebahagiannya mana-mana paipnya atau mana-mana bahagian paipnya, pemegang lesen pengagihan air itu melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

Report

Bahagian V

Perlindungan Pengguna, Penyelesaian Pertikaian dan Siasatan

Bahagian VI

Kadar, Caj dan Deposit

Bahagian VII

Tribunal Rayuan

Bahagian VIII

Pemindahmilikan Perniagaan

Bahagian IX

Pengambilalihan Kawalan

Bahagian X

Kesalahan Am dan Penalti

Bahagian XI

Kuasa Mengumpulkan Maklumat dan Peruntukan Penguatkuasaan

Bab 4

Bahagian XII

Bahagian XIII

Peruntukan Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan

Schedules