Skip to content

Seksyen 59

Kehendak supaya saliran yang sepatutnya bagi kumbahan dibuat

of Akta Industri Perkhidmatan Air 2006

ActIn forceProvision 59 of 194
Seksyen 59

(2)

Jika pemilik, perbadanan pengurusan atau penghuni yang kepadanya notis di bawah subseksyen (1) telah dikeluarkan tidak mematuhi notis itu dalam tempoh yang dinyatakan dalam notis itu,

Suruhanjaya atau mana-mana orang yang diberi kuasa oleh

Suruhanjaya boleh membina atau memasang paip atau apa-apa sistem lain yang difikirkan perlu oleh Suruhanjaya atau menyebabkan supaya paip atau sistem itu dibina atau dipasang dan mendapatkan belanja yang dilakukan dalam membina dan memasang paip atau sistem itu daripada pemilik, perbadanan pengurusan atau penghuni itu.

(3)

Seseorang yang tidak mematuhi notis yang diberikan di bawah subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

Sambungan yang tidak dibenarkan ke pembetung awam, dsb.