Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 · Updated to 1 Aug 2006 · Bahagian IV · Peruntukan yang Berhubungan Dengan Sistem Bekalan Air, Perkhidmatan Bekalan Air, Sistem Pembetungan dan Perkhidmatan Pembetungan
67. Kontrak bagi penyediaan perkhidmatan pembetungan
Feedback & support(1)
Pemilik, perbadanan pengurusan atau penghuni mana-mana premis yang disediakan perkhidmatan pembetungan hendaklah disifatkan, sebaik sahaja perkhidmatan pembetungan disediakan bagi premis itu, telah berkontrak dengan pemegang lesen perkhidmatan yang menyediakan perkhidmatan pembetungan untuk penyediaan perkhidmatan pembetungan.
(2)
Sesuatu perjanjian yang disebut dalam subseksyen (1)
hendaklah dalam bentuk dan kandungan yang mematuhi mana-mana kaedah yang dibuat oleh Suruhanjaya di bawah seksyen 180.