Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 · Updated to 1 Aug 2006 · Bahagian IV · Peruntukan yang Berhubungan Dengan Sistem Bekalan Air, Perkhidmatan Bekalan Air, Sistem Pembetungan dan Perkhidmatan Pembetungan
62. Tanggungjawab bagi tangki septik komunal
Feedback & support(1)
Suatu tangki septik yang digunakan untuk lebih daripada satu premis hendaklah disifatkan menjadi tanggungjawab bersama pemilik atau penghuni premis-premis itu tanpa mengira lokasi tangki septik itu.
(2)
Setiap pemilik atau penghuni adalah bertanggungan untuk membayar caj untuk perkhidmatan pembetungan seolah-olah mereka ialah pemilik tangki septik individu.