Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 · Updated to 1 Aug 2006 · Bahagian IV · Peruntukan yang Berhubungan Dengan Sistem Bekalan Air, Perkhidmatan Bekalan Air, Sistem Pembetungan dan Perkhidmatan Pembetungan
48. Kerosakan kepada sistem bekalan air awam dan sistem pembetungan awam hendaklah dibaiki
Feedback & supportJika, kerana apa-apa perbuatan, pengabaian atau keingkaran, mana-mana orang telah melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini atau perundangan subsidiarinya dan melalui perbuatan, pengabaian atau keingkaran itu dia telah menyebabkan kerosakan kepada mana-mana sistem bekalan air awam atau sistem pembetungan awam, maka orang itu boleh, sebagai tambahan kepada apa-apa penalti yang dikenakan bagi kesalahan itu, dikehendaki supaya membaiki kerosakan itu dan membayar pampasan kepada pemegang lesen bagi kerosakan yang telah disebabkan itu.
Amaun yang kena dibayar bagi membaiki apa-apa kerosakan di bawah subseksyen (1) hendaklah, dalam hal pertikaian, ditentukan oleh mahkamah yang telah menyabitkan orang yang menyebabkan kerosakan itu.