Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 · Updated to 1 Aug 2006 · Bahagian IV · Peruntukan yang Berhubungan Dengan Sistem Bekalan Air, Perkhidmatan Bekalan Air, Sistem Pembetungan dan Perkhidmatan Pembetungan
52. Perjanjian pembekalan dengan pengguna
Feedback & supportSeseorang yang dibekalkan air oleh, atau yang telah meminta supaya air dibekalkan daripada, pemegang lesen pengagihan air hendaklah, jika dikehendaki oleh pemegang lesen pengagihan air itu, membuat suatu perjanjian dengan pemegang lesen pengagihan air itu untuk pembekalan air atas apa-apa terma dan syarat yang dinyatakan dalam perjanjian itu sebelum air dibekalkan.
Undang-Undang Malaysia 52
Sesuatu perjanjian yang disebut dalam subseksyen (1)
hendaklah mengikut bentuk dan kandungan yang mematuhi mana-mana kaedah yang dibuat oleh Suruhanjaya di bawah seksyen 180.