Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 · Updated to 1 Aug 2006 · Bahagian IV · Peruntukan yang Berhubungan Dengan Sistem Bekalan Air, Perkhidmatan Bekalan Air, Sistem Pembetungan dan Perkhidmatan Pembetungan
49. Kelayakan untuk mengendalikan, dsb., sistem bekalan air dan sistem pembetungan
Feedback & support(1)
Tiada bahagian mana-mana sistem bekalan air atau sistem pembetungan boleh dikerjakan, diuruskan atau dikendalikan atau disebabkan supaya dikerjakan, diuruskan atau dikendalikan kecuali oleh dan di bawah kawalan orang yang mempunyai apa-apa kelayakan dan memegang apa-apa perakuan yang diperuntukkan di bawah Akta ini atau yang ditetapkan.
(2)
Seseorang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit.