Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 · Updated to 1 Aug 2006 · Bahagian IV · Peruntukan yang Berhubungan Dengan Sistem Bekalan Air, Perkhidmatan Bekalan Air, Sistem Pembetungan dan Perkhidmatan Pembetungan
57. Kuasa untuk menghendaki premis disambungkan ke sistem pembetungan awam
Feedback & supportSuruhanjaya boleh mengarahkan pemilik atau perbadanan pengurusan, atau jika pemilik atau perbadanan pengurusan tidak dapat dikesan dengan usaha yang munasabah, penghuni mana-mana premis yang tidak disambungkan ke sistem pembetungan awam, untuk membina atau memasang bagi premis itu, dalam tempoh yang dinyatakan dalam arahan itu, suatu paip sambungan persendirian daripada apa-apa bahan atau saiz dan pada apa-apa aras yang membolehkan premis itu disambungkan dengan sepatutnya dan berkesan ke mana-mana pembetung awam atau sistem pembetungan awam yang terletak di dalam lingkungan tiga puluh meter dari sempadan premis itu.
Undang-Undang Malaysia 58
Jika pemilik, perbadanan pengurusan atau penghuni yang kepadanya arahan di bawah subseksyen (1) telah dikeluarkan tidak mematuhi arahan itu dalam tempoh yang dinyatakan dalam arahan itu, Suruhanjaya atau mana-mana orang yang diberi kuasa oleh
Suruhanjaya boleh membina atau memasang paip sambungan persendirian itu atau menyebabkan supaya paip itu dibina atau dipasang dan mendapatkan belanja yang dilakukan dalam membina dan memasang paip sedemikian daripada pemilik, perbadanan pengurusan atau penghuni itu.