Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 · Updated to 1 Aug 2006 · Bahagian IV · Peruntukan yang Berhubungan Dengan Sistem Bekalan Air, Perkhidmatan Bekalan Air, Sistem Pembetungan dan Perkhidmatan Pembetungan
63. Kuasa untuk memasang atau membina sistem pembetungan persendirian atau tangki septik
Feedback & supportSuruhanjaya boleh mengarahkan pemilik atau perbadanan pengurusan mana-mana premis, atau jika pemilik atau perbadanan pengurusan itu tidak dapat dikesan dengan usaha yang munasabah, penghuni premis itu, untuk memasang atau membina suatu sistem pembetungan persendirian atau tangki septik untuk premis itu sebagaimana yang disifatkan perlu oleh Suruhanjaya.
Kos pembinaan atau pemasangan sistem pembetungan persendirian atau tangki septik itu hendaklah ditanggung oleh pemilik atau perbadanan pengurusan premis itu, atau jika pemilik atau perbadanan pengurusan itu tidak dapat dikesan dengan usaha yang munasabah, penghuni itu.