Communications and Multimedia Act 1998 · Updated to 1 Jan 2006 · Bahagian VI · Pengawalseliaan Ekonomi
Communications and Multimedia Act 1998 · Updated to 1 Jan 2006 · Bahagian VI · Pengawalseliaan Ekonomi
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Suruhanjaya boleh menyiarkan garis panduan yang menjelaskan pengertian “mengurangkan persaingan dengan cukup besar”.
Garis panduan itu boleh memasukkan rujukan kepada—
pasaran ekonomi yang berkaitan;
arah aliran global dalam pasaran yang berkaitan;
kesan tingkah laku itu terhadap bilangan pesaing dalam sesuatu pasaran dan bahagian pasaran mereka;
kesan tingkah laku itu terhadap sekatan kemasukan ke dalam pasaran itu;
kesan tingkah laku itu terhadap julat perkhidmatan dalam pasaran itu;
kesan tingkah laku itu terhadap kos dan struktur keuntungan dalam pasaran itu; dan
apa-apa perkara lain yang Suruhanjaya berpuas hati adalah berkaitan.
Bab
Bahagian VII
Bahagian VIII
Bahagian IX
Bahagian XI