Communications and Multimedia Act 1998 · Updated to 1 Jan 2006 · Bahagian VI · Pengawalseliaan Ekonomi
Communications and Multimedia Act 1998 · Updated to 1 Jan 2006 · Bahagian VI · Pengawalseliaan Ekonomi
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Seseorang pemegang lesen boleh memohon kepada
Suruhanjaya, sebelum membuat apa-apa tingkah laku yang boleh ditafsirkan sebagai mempunyai maksud atau kesan mengurangkan persaingan dengan cukup besar dalam suatu pasaran komunikasi, untuk mendapatkan kebenaran bagi tingkah laku itu.
Walau apa pun peruntukan Bab ini, Suruhanjaya hendaklah membenarkan tingkah laku itu jika Suruhanjaya berpuas hati bahawa kebenaran itu adalah demi kepentingan negara.
Sebelum membenarkan tingkah laku itu, Suruhanjaya boleh menghendaki pemegang lesen itu supaya mengemukakan suatu aku janji berkenaan dengan tingkah lakunya dalam apa-apa perkara yang berkaitan dengan kebenaran itu.
Jika pemegang lesen itu kemudiannya menarik balik aku janji itu, kebenaran itu hendaklah disifatkan tidak pernah diberikan bagi maksud Bab ini.
Seseorang pemegang lesen boleh menarik balik sesuatu permohonan yang dibuat di bawah subseksyen (1) pada bila-bila masa.
Komunikasi dan Multimedia 91
Bab
Bahagian VII
Bahagian VIII
Bahagian IX
Bahagian XI