Skip to content
In forceUpdated to 1 Jan 2006Read it in English
Contents

Bahagian VI · Pengawalseliaan Ekonomi

149. Section 149

Feedback & support
(1)

Tertakluk kepada apa-apa pengecualian yang boleh ditentukan oleh Menteri melalui perintah yang disiarkan dalam

Warta, seseorang pemberi kemudahan rangkaian dan seseorang pemberi perkhidmatan rangkaian hendaklah memberikan capaian kepada kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian mereka yang tersenarai dalam senarai capaian kepada mana-mana—

(a)

pemberi kemudahan rangkaian lain;

(b)

pemberi perkhidmatan rangkaian lain;

(c)

pemberi perkhidmatan aplikasi lain; atau

(d)

pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan lain, yang membuat suatu permintaan bertulis bagi mendapatkan capaian kepada pemberi kemudahan rangkaian atau pemberi perkhidmatan rangkaian itu atas terma dan syarat yang munasabah.

(2)

Capaian yang diberikan oleh seseorang pemberi ("pemberi pertama") kepada seorang pemberi lain di bawah subseksyen (1), hendaklah—

(a)

sekurang-kurangnya mempunyai standard dan mutu teknik yang sama dengan atau lebih baik daripada standard dan mutu teknik yang diberikan dalam kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian pemberi pertama; dan

(b)

atas dasar sama rata dan tanpa diskriminasi.

(3)

Seseorang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

Pendaftaran perjanjian capaian

Report

Bab

Bab 7 Bahagian V.

Bahagian VII

Pengawalseliaan Teknik

Bahagian VIII

Pelindungan Pengguna

Bahagian IX

Pengawalseliaan Sosial

Bahagian X

Bahagian XI

Peruntukan Peralihan

Schedules