Skip to content
In forceUpdated to 1 Jan 2006Read it in English
Contents

Bahagian VII · Pengawalseliaan Teknik

178. Pengambilan wajib penguntukan dalam spektrum yang ditentukan

Feedback & support
(1)

Menteri boleh mengarahkan Suruhanjaya supaya mengadakan tatacara bagi pengambilan wajib oleh Suruhanjaya penguntukan dalam suatu spektrum yang ditentukan.

(2)

Suruhanjaya boleh mengesyorkan kepada Menteri supaya penguntukan dalam suatu spektrum yang ditentukan diambil secara wajib oleh Suruhanjaya mengikut suatu penguntukan semula spektrum selaras dengan rancangan spektrum.

(3)

Menteri boleh, selepas mengambil kira syor Suruhanjaya di bawah subseksyen (2), mengarahkan supaya penguntukan dalam suatu spektrum yang ditentukan diambil secara wajib oleh

Suruhanjaya.

(4)

Suruhanjaya boleh membayar suatu amaun pampasan yang munasabah kepada pemegang suatu penguntukan yang penguntukannya telah diambil sebelum tarikh habis tempohnya, oleh suatu arahan yang dibuat di bawah seksyen ini.

(5)

Tiada pampasan boleh dibayar jika suatu penguntukan tidak dibaharui.

Penomboran Dan Pengalamatan Elektronik

Report

Bahagian VIII

Pelindungan Pengguna

Bahagian IX

Pengawalseliaan Sosial

Bahagian X

Bahagian XI

Peruntukan Peralihan

Schedules