Communications and Multimedia Act 1998 · Updated to 1 Jan 2006 · Bahagian VII · Pengawalseliaan Teknik
Communications and Multimedia Act 1998 · Updated to 1 Jan 2006 · Bahagian VII · Pengawalseliaan Teknik
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Suatu kod teknik yang disediakan oleh forum standard teknik atau Suruhanjaya di bawah seksyen ini hendaklah termasuk, tetapi tidak terhad kepada, yang berikut:
kehendak bagi kesalingbolehkendalian rangkaian, termasuk, tetapi tidak terhad kepada, penyediaan keupayaan
Komunikasi dan Multimedia 105
rangkaian tertentu seperti keupayaan mengenal pasti talian panggilan dan keupayaan prapilihan; dan
penggalakkan keselamatan kemudahan rangkaian.
Suatu kod teknik yang disediakan oleh forum standard teknik atau Suruhanjaya di bawah seksyen ini boleh termasuk, tetapi tidak terhad kepada, yang berikut:
penyediaan kemudahan rangkaian, termasuk kehendak bagi pemberi dan pemasang berkelayakan;
penyediaan perkhidmatan rangkaian, termasuk kehendak bagi pemberi berkelayakan;
penyediaan perkhidmatan aplikasi, termasuk kehendak bagi pemberi berkelayakan;
penyediaan kelengkapan dan pengkabelan pelanggan, termasuk kehendak bagi pemasang berkelayakan;
kelulusan kelengkapan pelanggan dan peranti capaian lain;
penerimapakaian standard teknik yang dibuat oleh badan antarabangsa; dan
penggalakan kekebalan dan keserasian elektromagnet.
Bahagian VIII
Bahagian IX
Bahagian XI