Communications and Multimedia Act 1998 · Updated to 1 Jan 2006 · Bahagian VII · Pengawalseliaan Teknik
Communications and Multimedia Act 1998 · Updated to 1 Jan 2006 · Bahagian VII · Pengawalseliaan Teknik
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Suruhanjaya hendaklah mengadakan rancangan penomboran dan pemberian alamat elektronik bagi penomboran dan pengalamatan elektronik perkhidmatan rangkaian dan perkhidmatan aplikasi.
Rancangan penomboran dan pengalamatan elektronik boleh menyatakan kaedah-kaedah yang termasuk, tetapi tidak terhad kepada—
penggunaan nombor dan alamat elektronik yang berlainan bagi jenis perkhidmatan yang berlainan;
penguntukan nombor dan alamat elektronik;
pemindahan hakmilik nombor dan alamat elektronik yang diuntukkan;
penggunaan nombor dan alamat elektronik yang diuntukkan;
kemudahalihan nombor dan alamat elektronik yang diuntukkan;
kehendak supaya pemberi perkhidmatan rangkaian dan pemberi perkhidmatan aplikasi menyenggarakan suatu rancangan bagi penguntukan dan penguntukan semula nombor dan alamat elektronik; dan
kadar bagi penguntukan dan pemindahan hakmilik nombor dan alamat elektronik yang boleh dikenakan oleh Suruhanjaya.
Suruhanjaya hendaklah menjadikan rancangan penomboran dan pengalamatan elektronik itu terbuka kepada orang ramai apabila dibayar fi yang hendaklah diputuskan oleh Suruhanjaya.
Bahagian VIII
Bahagian IX
Bahagian XI