Communications and Multimedia Act 1998 · Updated to 1 Jan 2006 · Bahagian V · Kuasa dan Tatacara Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia
Communications and Multimedia Act 1998 · Updated to 1 Jan 2006 · Bahagian V · Kuasa dan Tatacara Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Tertakluk kepada seksyen 62, jika Suruhanjaya membuat keputusan untuk mengadakan suatu siasatan terbuka atau diarahkan supaya mengadakan suatu siasatan terbuka, Suruhanjaya
Komunikasi dan Multimedia 57
hendaklah menyiarkan, dengan cara yang difikirkannya sesuai, notis mengenai—
hakikat bahawa Suruhanjaya mengadakan siasatan itu;
tempoh siasatan itu akan diadakan;
jenis perkara yang berkaitan dengan siasatan itu;
tempoh, sekurang-kurangnya empat puluh lima hari, dan borang yang dengannya, orang awam dijemput untuk membuat penghujahan kepada Suruhanjaya mengenai perkara itu;
perkara yang Suruhanjaya mahu supaya pengemukaan dibuat mengenainya; dan
alamat atau alamat-alamat yang tempat pengemukaan itu boleh dihantar.
Suruhanjaya tidak perlu menyiarkan notis pada masa yang sama atau dengan cara yang sama mengenai semua perkara yang disebut dalam subseksyen (1).
Suruhanjaya hendaklah menimbangkan apa-apa penghujahan yang diterima dalam had tempoh sebagaimana yang dinyatakan dalam notis itu.
Penghujahan yang dibuat oleh orang awam hendaklah dalam bentuk dan daripada jenis yang dinyatakan dalam notis itu.
Bahagian VI
Bab
Bahagian VII
Bahagian VIII
Bahagian IX
Bahagian XI