Skip to content
In forceUpdated to 1 Jan 2006Read it in English

Bahagian V · Kuasa dan Tatacara Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

70. Penjalanan penyiasatan

Feedback & support
(1)

Sebelum memulakan penyiasatan mengenai sesuatu perkara yang berkaitan dengan aduan itu, Suruhanjaya hendaklah memberitahu responden bahawa perkara itu akan disiasat.

(2)

Suatu penyiasatan di bawah Bahagian ini hendaklah dijalankan sebagaimana yang difikirkan patut oleh Suruhanjaya.

(3)

Suruhanjaya boleh, bagi maksud sesuatu penyiasatan, memperoleh maklumat daripada sesiapa yang difikirkannya patut.

(4)

Tertakluk kepada subseksyen (5), seseorang pengadu atau seseorang responden tidak perlu diberi peluang untuk hadir di hadapan Suruhanjaya berkaitan dengan sesuatu penyiasatan.

(5)

Suruhanjaya tidak boleh, hasil daripada penyiasatan itu, membuat suatu keputusan yang bertentangan dengan kepentingan seseorang pengadu atau seseorang responden melainkan jika

Suruhanjaya telah memberi pengadu atau responden itu peluang untuk membuat penghujahan mengenai suatu perkara yang berkaitan dengan penyiasatan itu dalam suatu tempoh masa yang tidak kurang daripada tiga puluh hari.

(6)

Suruhanjaya hendaklah menimbangkan penghujahan yang dibuat oleh pengadu atau responden di bawah subseksyen (5)

sebelum membuat keputusannya.

Report

Bab 5

Bab 6

Bab 7

Bab 8

Bab 9

Bab 10

Bab 11

Bab 12

Bab 13

Bab 14

Bab 15

Bahagian VI

Pengawalseliaan Ekonomi

Bab

Bab 7 Bahagian V.

Bahagian VII

Pengawalseliaan Teknik

Bahagian VIII

Pelindungan Pengguna

Bahagian IX

Pengawalseliaan Sosial

Bahagian X

Bahagian XI

Peruntukan Peralihan

Schedules