Skip to content
In forceUpdated to 5 Feb 2024
Contents

Bahagian IV · Dana Pampasan Pasaran Modal

167. Bantuan kepada Perbadanan

Feedback & support
(1)

Seseorang orang yang berkaitan hendaklah memberikan apa-apa bantuan kepada Perbadanan, atau kepada seseorang yang bertindak bagi pihak atau dengan kuasa Perbadanan sebagaimana

Perbadanan atau orang itu dengan munasabahnya menghendaki, termasuk pemberian apa-apa penyata, dan pemberian apa-apa peruntukan maklumat atau dokumen yang berhubungan dengan operasi orang yang berkaitan itu atau apa-apa maklumat atau dokumen lain sebagaimana yang Perbadanan atau orang itu menghendaki bagi maksud penentuan suatu tuntutan di bawah Bahagian ini.

(2)

Perbadanan boleh, sama ada dengan sendirinya atau atas permohonan yang dibuat oleh mana-mana pihak yang menuntut, memanggil dan memeriksa saksi yang difikirkannya material bagi siasatannya terhadap sesuatu tuntutan.

(3)

Seseorang yang enggan atau gagal, tanpa alasan yang sah, untuk membantu Perbadanan atau seseorang yang bertindak bagi pihak, atau dengan kuasa, Perbadanan, mengikut subseksyen (1) atau (2)

melakukan suatu kesalahan, dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Pensubrogasian Perbadanan terhadap hak dan remedi pihak yang menuntut apabila pembayaran dibuat daripada Dana Pampasan

Pasaran Modal

Report

Bahagian V

Salah Laku Pasaran dan Perlakuan Dilarang yang Lain

Bahagian VI

Terbitan Sekuriti dan Pengambilalihan dan Percantuman

Penggal 6

Bahagian VI

Bahagian VI Akta ini hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai

Bahagian VII

Peruntukan yang Terpakai bagi Perbadanan Tersenarai

Bahagian VIII

Organisasi Pengawalseliaan Sendiri

Bahagian IX

Dana Pembangunan Pasaran Modal

Bahagian X

Penzahiran Maklumat

Bahagian XI

Tindakan Pentadbiran dan Sivil

Bahagian XII

Bahagian XIII

Peruntukan Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan

Schedules