Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 · Updated to 5 Feb 2024 · Bahagian IV · Dana Pampasan Pasaran Modal
165. Section 165
Feedback & supportPerbadanan hendaklah membuat kaedah-kaedah untuk diluluskan oleh Suruhanjaya, bagi mengawal pentadbiran teratur
Perbadanan dan Dana Pampasan Pasaran Modal.
290 Undang-Undang Malaysia AKTA 671
Perbadanan tidak boleh meminda kaedah-kaedahnya tanpa mendapatkan kelulusan Suruhanjaya terlebih dahulu.
Kaedah-kaedah Perbadanan boleh termasuk—
skop dan kategori pihak yang menuntut yang layak untuk membuat suatu tuntutan daripada Dana Pampasan Pasaran
Modal;
cara tuntutan dibuat;
cara tuntutan ditentukan dan diberi award oleh Perbadanan;
fi pemprosesan atau pentadbiran;
hal keadaan yang Perbadanan boleh membuat suatu pembayaran interim sebelum penentuan muktamad suatu tuntutan;
hal keadaan yang Perbadanan boleh membuat suatu pembayaran kepada seseorang selain pihak yang menuntut;
hal keadaan yang suatu tuntutan boleh ditolak oleh
Perbadanan; dan
cara keputusan suatu tuntutan boleh diberitahu kepada pihak yang menuntut dan orang yang berkaitan.