Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 · Updated to 5 Feb 2024 · Bahagian IV · Dana Pampasan Pasaran Modal
168. Jika Perbadanan membuat suatu pembayaran daripada Dana
Feedback & supportPampasan Pasaran Modal berkenaan dengan suatu tuntutan daripada
Dana Pampasan Pasaran Modal di bawah Akta ini—
Perbadanan itu adalah disubrogasi setakat pembayaran mengenai semua hak dan remedi pihak yang menuntut itu berkenaan dengan kerugian yang ditanggung oleh pihak yang menuntut itu; dan
pihak yang menuntut itu tidak boleh membuat apa-apa tuntutan atau mempunyai apa-apa hak di bawah
292 Undang-Undang Malaysia AKTA 671
kebankrapan atau prosiding undang-undang atau selainnya untuk menerima berkenaan dengan kerugian itu—
apa-apa jumlah daripada aset orang yang berkaitan berkenaan; atau
apa-apa jumlah jika kerugian itu disebabkan oleh sesuatu perbuatan atau peninggalan seseorang pengarah, pegawai, wakil atau pekerja orang yang berkaitan itu, sehingga Perbadanan itu telah dibayar ganti amaun penuh pembayaran yang dibuat olehnya daripada Dana Pampasan
Pasaran Modal, termasuk apa-apa bunga yang dibayar.