Skip to content
In forceUpdated to 5 Feb 2024

Bahagian XII

363. Salinan buku sebagai keterangan prima facie

Feedback & support
(1)

Suatu salinan buku yang disimpan atau disenggarakan oleh suatu bursa saham, bursa derivatif, pusat penjelasan diluluskan, depositori pusat atau pemegang Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal hendaklah dalam semua prosiding undang-undang diterima sebagai keterangan prima facie mengenai buku itu dan mengenai perkara, transaksi dan akaun yang direkodkan dalam buku itu.

(2)

Salinan buku yang disebut di bawah subseksyen (1) tidak boleh diterima sebagai keterangan di bawah Akta ini melainkan jika ia telah dibuktikan terlebih dahulu bahawa perkara, transaksi dan akaun tersebut direkodkan dalam buku dalam perjalanan urusan biasa dan berada dalam jagaan atau kawalan bursa saham, bursa derivatif, pusat penjelasan diluluskan, depositori pusat dan pemegang Lesen

Perkhidmatan Pasaran Modal itu.

(3)

Apa-apa bukti yang dikehendaki di bawah subseksyen (2)

boleh diberikan secara lisan atau melalui afidavit oleh seseorang yang sebelum atau selepas apa-apa perkara, transaksi atau akaun adalah direkodkan dalam buku, adalah bertanggungjawab bagi pengurusan, penjagaan atau kawalan buku itu.

(4)

Afidavit di bawah subseksyen (3) hendaklah diangkat sumpah di hadapan mana-mana Majistret atau orang yang diberi kuasa untuk membuat afidavit.

(5)

Salinan buku yang disebut dalam subseksyen (1) tidak boleh diterima sebagai keterangan di bawah Akta ini melainkan jika telah dibuktikan bahawa orang yang disebut dalam subseksyen (3) telah memeriksa salinan itu dengan buku yang asal.

(6)

Apa-apa bukti yang dikehendaki di bawah subseksyen (5)

hendaklah diberikan oleh seorang yang telah memeriksa salinan itu dengan buku yang asal, dan boleh diberikan sama ada secara lisan atau melalui afidavit yang diangkat sumpah di hadapan mana-mana

Majistret atau orang yang diberi kuasa untuk membuat afidavit.

Pasaran Modal dan Perkhidmatan 581

(7)

Walau apa pun peruntukan subseksyen (5) dan (6), jika buku yang asal itu tidak dijumpai atau hilang, adalah mencukupi bagi orang yang disebut dalam subseksyen (3) untuk menyatakan secara lisan atau dalam suatu afidavit yang diberikan di bawah seksyen ini bahawa beliau telah membuat usaha munasabah untuk mencari buku yang asal itu dan selepas itu salinan buku itu hendaklah boleh diterima sebagai keterangan prima facie mengenai apa-apa perkara, transaksi dan akaun yang direkodkan dalam buku itu, dalam mana-mana prosiding undang-undang.

Report

Bahagian XIII

Peruntukan Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan

Schedules