Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 · Updated to 5 Feb 2024 · Bahagian XII
376. Tanggung rugi
Feedback & supportTiada tanggungan sivil boleh dilakukan oleh—
Pasaran Modal dan Perkhidmatan 587
suatu bursa saham, bursa derivatif, syarikat pemegangan bursa, pusat penjelasan diluluskan atau depositori pusat; dan
mana-mana orang yang bertindak bagi pihak suatu bursa saham, bursa derivatif, syarikat pemegangan bursa, pusat penjelasan diluluskan atau depositori pusat; termasuk—
mana-mana anggota lembaga suatu bursa saham, bursa derivatif, syarikat pemegangan bursa, pusat penjelasan diluluskan atau depositori pusat atau mana-mana anggota mana-mana jawatankuasa yang ditubuhkan oleh mana-mana lembaga itu;
mana-mana pegawai suatu bursa saham, bursa derivatif, syarikat pemegangan bursa, pusat penjelasan diluluskan atau depositori pusat itu; dan
mana-mana ejen, atau mana-mana orang yang bertindak mengikut arahan suatu bursa saham, bursa derivatif, syarikat pemegangan bursa, pusat penjelasan diluluskan atau depositori pusat itu, untuk, bagi pihak, atau berkenaan dengan apa-apa jua yang dilakukan, apa-apa pernyataan yang dibuat atau ditinggalkan daripada dilakukan atau dibuat, berkaitan dengan penunaian atau pelaksanaan atau berupa sebagai penunaian atau pelaksanaan apa-apa kewajipan di bawah undang-undang sekuriti atau kaedah-kaedah bursa saham, bursa derivatif, pusat penjelasan diluluskan atau depositori pusat atau dalam penjalanan atau penjalanan yang diniatkan apa-apa kuasa di bawah undang-undang sekuriti atau mana-mana kaedah-kaedah, jika perbuatan, pernyataan atau peninggalan itu dibuat dengan suci hati.
Garis panduan dan nota amalan Suruhanjaya