Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 · Updated to 5 Feb 2024 · Bahagian XII
378. Kuasa untuk membuat peraturan-peraturan
Feedback & supportSuruhanjaya boleh, dengan kelulusan Menteri, membuat apa-apa peraturan-peraturan yang difikirkannya perlu atau suai manfaat bagi—
memberikan kesan sepenuhnya kepada peruntukan Akta ini;
menjalankan atau mencapai tujuan dan maksud Akta ini;
atau
melaksanakan selanjutnya, dengan lebih baik atau dengan lebih mudah peruntukan Akta ini.
Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen
, peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen ini boleh memperuntukkan bagi—
borang bagi maksud Akta ini;
fi yang perlu dibayar bagi maksud Akta ini;
Pasaran Modal dan Perkhidmatan 589
pengawalseliaan pembelian dan penjualan produk pasaran modal;
piawaian berkenaan dengan kelayakan, pengalaman dan latihan orang berlesen dan pengarah syarikat tersenarai awam;
penjalanan urusan sesuatu bursa saham, bursa derivatif atau pusat penjelasan diluluskan; atau
pengecualian daripada mana-mana peruntukan Akta ini ke atas mana-mana orang yang ditentukan atau kepada mana-mana orang yang merupakan anggota suatu golongan orang yang ditentukan, tertakluk pada terma dan syarat.