Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 · Updated to 5 Feb 2024 · Bahagian XII
367. Kesalahan oleh kumpulan orang dan oleh pekerja dan ejen
Feedback & supportJika suatu kesalahan terhadap Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya telah dilakukan oleh sesuatu pertubuhan perbadanan, mana-mana orang yang semasa berlakunya kesalahan itu ialah seorang pengarah, ketua pegawai eksekutif, pegawai atau wakil pertubuhan perbadanan itu atau yang
582 Undang-Undang Malaysia AKTA 671
berupa sebagai bertindak atas sifat sedemikian, adalah disifatkan yang telah melakukan kesalahan itu melainkan jika dia membuktikan bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa persetujuannya atau pembiarannya dan bahawa dia telah menjalankan segala usaha wajar untuk menghalang perlakuan kesalahan itu sebagaimana yang sepatutnya dijalankan olehnya, dengan mengambil kira jenis fungsinya atas sifat itu dan segala hal keadaan.
Jika seseorang yang merupakan pekerja seorang lain melanggar mana-mana peruntukan Akta ini, orang itu yang baginya atau bagi pihaknya pekerja itu bertindak hendaklah disifatkan telah melanggar peruntukan itu.
Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (2), jika mana-mana wakil pemegang Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal melanggar mana-mana peruntukan Akta ini, pemegang itu hendaklah disifatkan telah melanggar peruntukan itu.
Bagi maksud seksyen ini, seseorang pengarah sesuatu perbadanan termasuklah—
seseorang yang menjawat atau memangku jawatan pengarah perbadanan itu, dengan apa jua nama disebut, dan sama ada atau tidak dilantik secara sah untuk menjawat atau diberi kuasa sewajarnya untuk memangku jawatan itu;
seseorang yang mengikut arahan atau petunjuknya pengarah perbadanan itu lazimnya bertindak; dan
jika perbadanan itu diperbadankan di luar Malaysia—
anggota lembaga perbadanan itu;
seseorang yang menjawat atau memangku jawatan pengarah lembaga perbadanan itu, dengan apa jua nama disebut, dan sama ada atau tidak dilantik secara sah untuk menjawat atau diberi kuasa sewajarnya untuk memangku jawatan itu; dan
Pasaran Modal dan Perkhidmatan 583
seseorang yang mengikut arahan atau petunjuknya anggota lembaga perbadanan itu lazimnya bertindak.