Skip to content
In forceUpdated to 5 Feb 2024

Bahagian XII

377. Section 377

Feedback & support
(1)

Suruhanjaya boleh, secara amnya berkenaan dengan Akta ini atau berkenaan dengan mana-mana peruntukan tertentu Akta ini, mengeluarkan apa-apa garis panduan dan nota amalan sebagaimana yang difikirkan wajar oleh Suruhanjaya.

588 Undang-Undang Malaysia AKTA 671

(2)

Suruhanjaya boleh membatalkan, mengubah, menyemak atau meminda keseluruhan atau mana-mana bahagian garis panduan dan nota amalan yang dikeluarkan di bawah seksyen ini.

(3)

Tertakluk pada Akta ini atau melainkan jika tujuan yang bertentangan dinyatakan dengan nyata, seseorang yang kepadanya garis panduan atau nota amalan yang disebut dalam subseksyen (1)

terpakai, hendaklah melaksanakan garis panduan atau nota amalan itu dalam apa-apa tempoh sebagaimana yang ditentukan oleh

Suruhanjaya.

(4)

Jika seseorang yang disebut dalam subseksyen (3) melanggar atau tidak melaksanakan mana-mana garis panduan atau nota amalan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya, Suruhanjaya boleh mengambil mana-mana satu atau lebih tindakan yang dinyatakan dalam seksyen 354, 355 atau 356 sebagaimana yang difikirkan sesuai.

Report

Bahagian XIII

Peruntukan Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan

Schedules