Skip to content
In forceUpdated to 5 Feb 2024

Bahagian XII

379. Section 379

Feedback & support
(1)

Suruhanjaya boleh meluluskan suatu pertubuhan perbadanan menjadi suatu pertubuhan perbadanan diluluskan bagi penyelesaian pertikaian berkaitan dengan perkhidmatan atau produk pasaran modal.

(2)

Suatu permohonan bagi mendapatkan kelulusan di bawah subseksyen (1) hendaklah dibuat kepada Suruhanjaya mengikut apa-apa bentuk dan cara sebagaimana yang ditentukan oleh

Suruhanjaya.

(3)

Walau apa pun mana-mana undang-undang bertulis yang lain, suatu pertubuhan perbadanan diluluskan hendaklah mengadakan kaedah-kaedah yang berhubungan dengan—

590 Undang-Undang Malaysia AKTA 671

(a)

pentadbiran yang sepatutnya bagi pertubuhan perbadanan itu sebagai suatu badan penyelesaian pertikaian; dan

(b)

skop, pemakaian, pengendalian, dan tatacara penyelesaian pertikaian.

(4)

Pertubuhan perbadanan itu hendaklah, secepat yang dapat dilaksanakan, menyerahkan atau menyebabkan supaya diserahkan kepada Suruhanjaya bagi mendapatkan kelulusannya apa-apa kaedah-kaedah yang dicadangkan atau apa-apa pindaan yang dicadangkan bagi kaedah-kaedah sedia ada.

(5)

Suruhanjaya boleh mengeluarkan peraturan-peraturan di bawah seksyen 378 berhubung dengan suatu pertubuhan perbadanan diluluskan atau membuat peruntukan bagi penyelesaian pertikaian berkaitan dengan perkhidmatan atau produk pasaran modal.

Report

Bahagian XIII

Peruntukan Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan

Schedules