Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 · Updated to 5 Feb 2024 · Bahagian XII
373. Pengkompaunan kesalahan
Feedback & supportPengerusi Suruhanjaya boleh, dengan keizinan secara bertulis Pendakwa Raya, mengkompaun mana-mana kesalahan yang dilakukan oleh mana-mana orang di bawah Bahagian II, III,
VI, VII, X atau XII atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya, dengan menerima daripada orang yang semunasabahnya disyaki telah melakukan kesalahan itu suatu jumlah wang yang tidak melebihi denda maksimum (termasuk denda harian dalam hal suatu kesalahan yang berterusan, jika ada) bagi kesalahan itu.
586 Undang-Undang Malaysia AKTA 671
Apabila diterima bayaran di bawah subseksyen (1), tiada prosiding lanjut boleh diambil terhadap orang itu berkenaan dengan kesalahan itu dan jika milikan apa-apa buku atau apa-apa benda lain telah diambil, buku atau benda itu boleh dilepaskan tertakluk pada apa-apa syarat yang dikenakan mengikut syarat pengkompaunan.
Semua amaun yang diterima oleh Suruhanjaya di bawah seksyen ini hendaklah dibayar ke dalam dan menjadi sebahagian daripada Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan.