Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 · Updated to 5 Feb 2024 · Bahagian XII
368. Pemalsuan rekod
Feedback & supportSeseorang itu tidak boleh, dalam mana-mana buku berhubung dengan urusan sesuatu bursa saham, bursa derivatif, pusat penjelasan diluluskan, seseorang pemegang Lesen Perkhidmatan
Pasaran Modal atau perbadanan tersenarai atau mana-mana perbadanan yang berhubungannya sama ada atau tidak disimpan di bawah Akta ini atau peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini—
mengikut apa-apa cara membuat, merekodkan atau menyimpan, atau menyebabkan dibuat, direkodkan atau disimpan, apa-apa perkara yang palsu atau mengelirukan dalam apa-apa butir-butir yang material;
mengikut apa-apa cara memalsukan atau menyebabkan dipalsukan, apa-apa perkara yang—
dibuat, direkodkan atau disimpan;
telah disediakan bagi maksud untuk dibuat, direkodkan atau disimpan; atau
telah disediakan untuk digunakan dalam penyusunan perkara lain untuk dibuat, direkodkan atau disimpan;
atau
tidak membuat, merekodkan atau menyimpan apa-apa perkara dengan niat untuk memalsukan rekod atau mana-mana bahagian rekod itu yang diniatkan untuk tujuan penyusunan.
Seseorang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan hendaklah, apabila disabitkan, dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun dan boleh juga didenda tidak melebihi satu juta ringgit.
584 Undang-Undang Malaysia AKTA 671
Pernyataan palsu atau mengelirukan kepada Suruhanjaya, bursa atau pusat penjelasan diluluskan, dsb.