Skip to content
In forceUpdated to 5 Feb 2024
Contents

Bahagian XIII · Peruntukan Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan

382. Section 382

Feedback & support
(1)

Tanpa menjejaskan keluasan seksyen 381, entiti yang berikut yang telah diluluskan atau diiktirafkan di bawah Akta termansuh sebaik sebelum tarikh kuat kuasa setiap satu hendaklah disifatkan telah diluluskan di bawah peruntukan yang bersamaan Akta ini:

(a)

syarikat pemegangan bursa dan bursa saham;

(b)

syarikat bursa dan pusat penjelasan diluluskan bagi pasaran niaga hadapan di bawah subseksyen 6B(1) Akta

Perindustrian Niaga Hadapan 1993 yang dimansuhkan yang disifatkan diluluskan sebagai suatu bursa niaga hadapan dan pusat penjelasan diluluskan di bawah peruntukan yang bersamaan dalam Akta ini; dan

(c)

suatu pusat penjelasan yang diiktiraf di bawah Akta

Perindustrian Sekuriti 1983 yang dimansuhkan sebaik sebelum tarikh kuat kuasa hendaklah disifatkan sebagai suatu pusat penjelasan diluluskan di bawah peruntukan yang bersamaan Akta ini.

(2)

Mana-mana syarat atau sekatan yang dikenakan oleh Menteri atau Suruhanjaya, mengikut mana-mana yang berkenaan, ke atas mana-mana entiti yang disebut dalam subseksyen (1) sebagai suatu syarikat pemegangan bursa, bursa saham, bursa niaga hadapan, pusat penjelasan diluluskan atau pusat penjelasan diiktiraf, mengikut mana-mana yang berkenaan, dan berkuat kuasa sebaik sebelum tarikh kuat kuasa hendaklah disifatkan sebagai suatu syarat atau sekatan yang baginya kelulusan atau pengiktirafannya di bawah Akta ini tertakluk.

Report