Skip to content
In forceUpdated to 5 Feb 2024
Contents

Bahagian XIII · Peruntukan Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan

386. Peralihan dan kecualian berkenaan dengan cadangan korporat

Feedback & support
(1)

Tanpa menjejaskan keluasan seksyen 381, semua tindakan, kaedah-kaedah, peraturan-peraturan, perintah, arahan, pemberitahuan, kelulusan, keputusan dan tindakan eksekutif lain, walau bagaimana jua pun disebut, dibuat, diberikan atau dilakukan di bawah, atau mengikut, atau menurut kuasa seksyen 2B dan peruntukan Bahagian IV Akta

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia 1993 sebelum tarikh kuat kuasa hendaklah, setakat yang tindakan, kaedah-kaedah, peraturan-peraturan, perintah, arahan, pemberitahuan, kelulusan, keputusan dan tindakan eksekutif lain itu selaras dengan peruntukan Akta ini, disifatkan telah dibuat, diberikan atau dilakukan di bawah, atau mengikut, atau menurut kuasa peruntukan yang bersamaan Akta ini, dan hendaklah terus berkuat kuasa dan mempunyai kesan berhubung dengan orang, aktiviti atau transaksi yang baginya tindakan, kaedah-kaedah, peraturan-peraturan, perintah, arahan, pemberitahuan, kelulusan, keputusan dan tindakan eksekutif itu terpakai sehingga dipinda, dibatalkan atau dihapuskan, di bawah, mengikut, atau menurut kuasa peruntukan yang bersamaan

Akta ini.

(2)

Tiada apa-apa jua dalam Akta ini boleh menyentuh tanggungan mana-mana orang untuk didakwa atau dihukum bagi kesalahan yang dilakukan di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia 1993 sebelum tarikh kuat kuasa atau apa-apa prosiding yang dibawa atau hukuman yang dikenakan sebelum tarikh kuat kuasa berkenaan dengan kesalahan itu.

(3)

Tiada apa-apa jua dalam Akta ini boleh menyentuh apa-apa hak, keistimewaan, obligasi atau tanggungan yang diperoleh, terakru atau ditanggung di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia 1993

sebelum tarikh kuat kuasa dan apa-apa prosiding undang-undang, remedi atau penyiasatan berkenaan dengan hak, keistimewaan, kewajipan atau tanggungan itu tidaklah tersentuh dan apa-apa prosiding undang-undang, remedi atau penyiasatan itu boleh

600 Undang-Undang Malaysia AKTA 671

dimulakan, diteruskan atau dikuatkuasakan seolah-olah Akta ini tidak diperbuat.

(4)

Tiada apa-apa jua dalam Akta ini boleh—

(a)

menyentuh kesahan apa-apa sekuriti atau operasi mana-mana surat ikatan amanah atau surat ikatan yang dikeluarkan atau disempurnakan sebelum tarikh berkuat kuasa;

(b)

terpakai berhubung dengan seseorang penerbit, peminjam, penjamin atau pemegang amanah atau mana-mana orang lain berkenaan dengan mana-mana sekuriti yang diterbitkan atau ditawarkan bagi langganan atau pembelian atau yang berkenaan dengannya suatu pelawaan untuk melanggan atau membeli sekuriti telah dibuat sebelum tarikh kuat kuasa;

atau

(c)

menghendaki pelantikan atau penggantian mana-mana pemegang amanah atau pelaksanaan apa-apa surat ikatan amanah berkenaan dengan mana-mana debentur yang diterbitkan sebelum tarikh kuat kuasa, jika tiada apa-apa kehendak sebelum tarikh kuat kuasa.

(5)

Jika, pada tarikh berkuat kuasa, sekuriti boleh diterbitkan, ditawarkan bagi langganan atau pembelian atau jika suatu pelawaan untuk melanggan atau membeli sekuriti telah dibuat berasaskan mana-mana prospektus yang diterbitkan sebelum tarikh kuat kuasa, penerbit hendaklah, melainkan jika kelulusan bertulis Suruhanjaya yang memberikan suatu pengecualian diperoleh, menerbitkan apa-apa prospektus tambahan atau gantian dan mengambil apa-apa tindakan lain bagi memastikan bahawa terbitan, tawaran atau pelawaan itu mematuhi kehendak Akta ini.

(6)

Suruhanjaya boleh, melalui suatu arahan secara bertulis yang diberikan kepada mana-mana penerbit yang disebut dalam subseksyen (5)

menentukan tindakan yang hendaklah diambil oleh penerbit itu dan bagaimana apa-apa kesulitan yang timbul berkenaan dengan peruntukan yang dimasukkan atau dipinda oleh Akta ini boleh diatasi.

Pasaran Modal dan Perkhidmatan 601

(7)

Tiada apa-apa jua dalam Akta ini yang boleh—

(a)

menyentuh kesahan atau operasi apa-apa kepentingan atau surat ikatan, yang baginya Penggal 5 Bahagian IV Akta

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia 1993 terpakai, yang diterbitkan atau dilaksanakan sebelum tarikh kuat kuasa; atau

(b)

terpakai berhubung dengan syarikat pengurusan yang baginya atau bagi pihaknya apa-apa kepentingan yang baginya Penggal 5 Bahagian IV Akta Suruhanjaya Sekuriti

Malaysia 1993 terpakai dan yang diterbitkan sebelum tarikh berkuat kuasa atau berhubung dengan pemegang amanah bagi pemegang apa-apa kepentingan itu.

Report