Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 · Updated to 5 Feb 2024 · Bahagian XIII · Peruntukan Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan
394. Peruntukan peralihan bagi eksekutif kewangan korporat dan penganalisis kajian
Feedback & supportSeseorang eksekutif kewangan korporat—
yang diambil kerja oleh suatu syarikat pembrokeran saham dan yang berdaftar dengan Suruhanjaya menurut
Garis Panduan Suruhanjaya bagi Peniaga dan Wakil
Peniaga di bawah Akta Perindustrian Sekuriti 1983 yang dimansuhkan; atau
yang diambil kerja oleh suatu bank saudagar berlesen yang memegang lesen peniaga di bawah Akta
Perindustrian Sekuriti 1983 yang dimansuhkan, sebaik sebelum tarikh kuat kuasa hendaklah, dari tarikh berkuat kuasa, disifatkan memegang Lesen Wakil Perkhidmatan Pasaran Modal untuk menjalankan aktiviti terkawal menasihati kewangan korporat.
Pasaran Modal dan Perkhidmatan 605
Seorang penganalisis kajian—
yang diambil kerja oleh suatu syarikat pembrokeran saham dan yang berdaftar dengan Suruhanjaya menurut
Garis
Panduan
Suruhanjaya bagi
Peniaga dan
Wakil-wakil Peniaga di bawah Akta Perindustrian
Sekuriti 1983 yang dimansuhkan; atau
yang diambil kerja oleh suatu bank saudagar berlesen yang memegang lesen peniaga di bawah Akta
Perindustrian Sekuriti 1983 yang dimansuhkan, sebaik sebelum tarikh kuat kuasa hendaklah, dari tarikh kuat kuasa, disifatkan memegang Lesen Wakil Perkhidmatan Pasaran Modal untuk menjalankan aktiviti terkawal nasihat pelaburan.
Lesen yang disebut dalam subseksyen (1) atau (2), adalah sah bagi tempoh satu tahun dari tarikh kuat kuasa dan tertakluk pada apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya.