Skip to content
In forceUpdated to 5 Feb 2024
Contents

Bahagian XIII · Peruntukan Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan

390. Penerusan hak, tanggungan yang lain, dsb., di bawah Akta termansuh

Feedback & support
(1)

Tiada apa-apa jua dalam Akta termansuh atau Akta ini boleh menyentuh tanggungan mana-mana orang untuk didakwa atau dihukum bagi kesalahan atau kemungkiran yang dilakukan di bawah

Akta termansuh sebaik sebelum tarikh kuat kuasa atau mana-mana prosiding yang dibawa, hukuman yang dikenakan atau tindakan yang diambil sebelum hari itu berkenaan dengan kesalahan atau kemungkiran itu.

(2)

Apa-apa hak, keistimewaan, obligasi atau tanggungan yang diperoleh, terakru atau dilakukan sebelum tarikh kuat kuasa atau apa-apa prosiding undang-undang, remedi atau penyiasatan berkenaan dengan hak, keistimewaan, obligasi atau tanggungan itu tidaklah tersentuh oleh Akta ini dan hendaklah terus berkuat kuasa seolah-olah Akta ini telah tidak diperbuat.

Pencegahan anomali

Report