Skip to content
In forceUpdated to 5 Feb 2024
Contents

Bahagian XIII · Peruntukan Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan

385. Permohonan lesen yang belum selesai

Feedback & support

Melainkan jika diberitahu secara bertulis oleh Suruhanjaya, suatu permohonan bagi suatu lesen di bawah Akta termansuh yang masih belum selesai sebaik sebelum tarikh kuat kuasa hendaklah—

(a)

disifatkan sebagai permohonan bagi suatu lesen yang bersamaan dengan lesen yang mula-mula disebut di bawah seksyen 58 atau 59, mengikut mana-mana yang berkenaan, dan yang disertakan dengan fi permohonan yang bersesuaian di bawah Akta ini; atau

(b)

jika pemohon itu disifatkan di bawah Bahagian ini sebagai memegang suatu lesen, disifatkan sebagai suatu permohonan untuk mengubah lesen itu dengan menambahkan aktiviti terkawal yang dimaksudkan oleh

Pasaran Modal dan Perkhidmatan 599

lesen yang bersamaan, dan yang disertakan dengan fi permohonan yang bersesuaian di bawah Akta ini.

Report