Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 · Updated to 5 Feb 2024 · Bahagian XIII · Peruntukan Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan
392. Orang yang berniaga dalam sekuriti berhubung dengan skim unit amanah
Feedback & supportSesuatu badan yang diluluskan oleh Suruhanjaya di bawah subseksyen 2(1) Akta Perindustrian Sekuriti 1983 yang dimansuhkan untuk mengawal selia anggotanya yang berniaga dalam sekuriti berhubung dengan perkiraan atau penawaran untuk jualan atau belian apa-apa kepentingan dalam sesuatu skim unit amanah hendaklah, tertakluk pada terma dan syarat yang ditentukan oleh Suruhanjaya, menjadi suatu badan yang diluluskan oleh Suruhanjaya di bawah perenggan 76(1)(d) bagi maksud Akta ini bagi tempoh dua tahun dari tarikh mula kuat kuasa.
Seseorang ejen unit amanah yang didaftarkan dengan badan yang disebut dalam subseksyen (1) hendaklah bagi maksud perenggan 76(1)(d) menjadi orang berdaftar.
Suruhanjaya boleh menjalankan apa-apa kuasa di bawah Akta ini berkenaan dengan seseorang orang berlesen terhadap badan itu dan juga ejen unit amanah yang didaftarkan dengan badan yang disebut dalam subseksyen (1).
Bagi maksud seksyen ini, “ejen unit amanah” ertinya seseorang individu yang berdaftar dengan badan yang disebut dalam subseksyen (1).