Skip to content
In forceUpdated to 5 Feb 2024
Contents

Bahagian XIII · Peruntukan Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan

384. Kecualian berkenaan dengan lesen yang dikeluarkan di bawah Akta termansuh

Feedback & support
(1)

Tanpa menjejaskan keluasan seksyen 381 dan tertakluk pada peruntukan Akta ini—

(a)

seseorang yang memegang mana-mana lesen yang berikut sebaik sebelum tarikh kuat kuasa hendaklah, dari tarikh itu, disifatkan memegang Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal atau Lesen Wakil Perkhidmatan Pasaran Modal, mengikut mana-mana yang berkenaan, berkenaan dengan aktiviti terkawal yang dijalankan oleh orang itu di bawah lesen yang mula-mula disebut:

(i)

lesen broker niaga hadapan yang diberikan di bawah

Akta Perindustrian Niaga Hadapan 1993 yang dimansuhkan;

(ii)

lesen pengurus kumpulan wang niaga hadapan yang diberikan di bawah Akta Perindustrian Niaga

Hadapan 1993 yang dimansuhkan;

(iii)

lesen penasihat perdagangan niaga hadapan yang diberikan di bawah Akta Perindustrian Niaga

Hadapan 1993 yang dimansuhkan;

(iv)

lesen peniaga yang diberikan di bawah Akta

Perindustrian Sekuriti 1983 yang dimansuhkan;

Pasaran Modal dan Perkhidmatan 595

(v)

lesen pengurus kumpulan wang yang diberikan di bawah Akta Perindustrian Sekuriti 1983 yang dimansuhkan;

(vi)

lesen penasihat pelaburan yang diberikan di bawah

Akta Perindustrian Sekuriti 1983 yang dimansuhkan;

(vii)

lesen wakil broker niaga hadapan yang diberikan di bawah Akta Perindustrian Niaga Hadapan 1993

yang dimansuhkan;

(viii)

lesen wakil pengurus kumpulan wang niaga hadapan yang diberikan di bawah Akta Perindustrian Niaga

Hadapan 1993 yang dimansuhkan;

(ix)

lesen wakil penasihat perdagangan niaga hadapan yang diberikan di bawah Akta Perindustrian Niaga

Hadapan 1993 yang dimansuhkan;

(x)

lesen wakil peniaga yang diberikan di bawah Akta

Perindustrian Sekuriti 1983 yang dimansuhkan;

(xi)

lesen wakil pengurus kumpulan wang yang diberikan di bawah Akta Perindustrian Sekuriti 1983

yang dimansuhkan; atau

(xii)

lesen wakil pelaburan yang diberikan di bawah Akta

Perindustrian Sekuriti 1983 yang dimansuhkan; dan

(b)

apa-apa syarat atau sekatan yang mana-mana lesen yang disebut dalam perenggan (1)(a) adalah tertakluk sebaik sebelum tarikh kuat kuasa, setakat yang ia selaras dengan peruntukan Akta ini, hendaklah disifatkan suatu syarat atau sekatan yang kepadanya lesen yang bersamaan yang disebut dalam perenggan (1)(a) adalah tertakluk.

(2)

Bagi maksud subseksyen (1), jika seseorang memegang lesen penasihat pelaburan yang diberikan di bawah Akta Perindustrian

596 Undang-Undang Malaysia AKTA 671

Sekuriti 1983 yang dimansuhkan sebaik sebelum tarikh kuat kuasa dan yang dibenarkan untuk menjalankan urusan—

(a)

menasihati orang lain berkenaan dengan sekuriti selain menasihati kewangan korporat, orang itu hendaklah disifatkan memegang Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal berkenaan dengan aktiviti terkawal nasihat pelaburan;

(b)

menasihati tentang kewangan korporat, orang itu hendaklah disifatkan memegang Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal berkenaan dengan aktiviti terkawal menasihati kewangan korporat; atau

(c)

menganalisis hal keadaan kewangan seorang lain dan menyediakan pelan untuk memenuhi keperluan kewangan dan objektif orang lain itu, orang itu hendaklah disifatkan memegang Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal berkenaan dengan aktiviti terkawal perancangan kewangan, masing-masing di bawah peruntukan yang bersamaan Akta ini.

(3)

Bagi maksud subseksyen (1), jika seseorang memegang lesen wakil penasihat pelaburan yang diberikan di bawah Akta Perindustrian

Sekuriti 1983 yang dimansuhkan sebaik sebelum tarikh kuat kuasa dan yang dibenarkan untuk menjalankan urusan—

(a)

menasihati orang lain berkenaan dengan sekuriti selain menasihati kewangan korporat, orang itu hendaklah disifatkan memegang Lesen Wakil Perkhidmatan Pasaran

Modal berkenaan dengan aktiviti terkawal nasihat pelaburan;

(b)

menasihati kewangan korporat, orang itu hendaklah disifatkan memegang Lesen Wakil Perkhidmatan Pasaran

Modal berkenaan dengan aktiviti terkawal menasihati kewangan korporat; atau

(c)

menganalisis hal keadaan kewangan seorang lain dan menyediakan pelan untuk memenuhi keperluan kewangan

Pasaran Modal dan Perkhidmatan 597

dan objektif orang lain itu, orang itu hendaklah disifatkan memegang Lesen Wakil Perkhidmatan Pasaran Modal berkenaan dengan aktiviti terkawal perancangan kewangan, masing-masing di bawah peruntukan yang bersamaan Akta ini.

(4)

Bagi maksud subseksyen (1), jika seseorang memegang lesen pengurus kumpulan wang niaga hadapan di bawah Akta

Perindustrian Niaga Hadapan 1993 yang dimansuhkan sebaik sebelum tarikh kuat kuasa, orang itu hendaklah disifatkan memegang

Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal untuk aktiviti terkawal pengurusan kumpulan wang berkenaan dengan kontrak niaga hadapan.

(5)

Bagi maksud subseksyen (1), jika seseorang memegang lesen wakil pengurus kumpulan wang niaga hadapan di bawah Akta

Perindustrian Niaga Hadapan 1993 yang dimansuhkan sebaik sebelum tarikh kuat kuasa, orang itu hendaklah disifatkan memegang Lesen

Wakil Perkhidmatan Pasaran Modal untuk aktiviti terkawal pengurusan kumpulan wang berkenaan dengan kontrak niaga hadapan.

(6)

Suruhanjaya boleh, melalui notis secara bertulis kepada seseorang yang memegang mana-mana lesen yang disebut dalam subseksyen (1) menentukan—

(a)

walau apa pun seksyen 68, tarikh habis tempoh Lesen

Perkhidmatan

Pasaran

Modal atau

Lesen

Wakil

Perkhidmatan Pasaran Modal yang disifatkan dipegang olehnya menurut kuasa subseksyen (1);

(b)

aktiviti atau aktiviti terkawal yang Lesen Perkhidmatan

Pasaran Modal atau Lesen Wakil Perkhidmatan Pasaran

Modal berkaitan; dan

(c)

mana-mana syarat atau sekatan tambahan yang kepadanya

Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal atau Lesen Wakil

Perkhidmatan Pasaran Modal adalah tertakluk, dengan syarat bahawa jika apa-apa syarat atau sekatan yang dicadangkan untuk dikenakan berkemungkinan menjejaskan kepentingan orang berlesen, Suruhanjaya

598 Undang-Undang Malaysia AKTA 671

hendaklah memberi orang berlesen itu peluang untuk didengar.

(7)

Jika Suruhanjaya memberikan notis kepada seseorang mengenai tarikh habis tempoh suatu lesen yang disebut dalam perenggan (6)(a), lesen itu hendaklah habis tempoh pada tarikh itu.

(8)

Tertakluk pada subseksyen (7)—

(a)

dalam hal seseorang yang memegang lesen yang disebut dalam subseksyen (1) sebaik sebelum tarikh kuat kuasa,

Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal atau Lesen Wakil

Perkhidmatan Pasaran Modal yang disifatkan dipegang olehnya menurut kuasa subseksyen (1) hendaklah habis tempoh pada tarikh habis tempoh lesen yang mula-mula disebut; atau

(b)

dalam hal seseorang yang memegang lebih daripada satu lesen yang disebut dalam subseksyen (1) sebaik sebelum tarikh kuat kuasa yang tarikh habis tempohnya adalah berbeza, lesen yang disifatkan itu hendaklah habis tempoh pada tarikh terakhir daripada tarikh-tarikh itu.

Report