Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 · Updated to 5 Feb 2024 · Bahagian XIII · Peruntukan Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan
393. Peruntukan peralihan bagi syarikat pengurusan unit amanah yang tidak berlesen
Feedback & supportMana-mana syarikat pengurusan yang—
didaftarkan dengan sesuatu badan yang diluluskan oleh
Suruhanjaya;
604 Undang-Undang Malaysia AKTA 671
bukan merupakan pemegang lesen pengurus kumpulan wang sebagaimana yang diperuntukkan dalam seksyen 15A
Akta Perindustrian Sekuriti 1983 yang dimansuhkan atau seorang pemegang Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal yang menjalankan urusan pengurusan kumpulan wang; dan
yang perniagaan dalam sekuritinya adalah berhubung dengan aktiviti perkiraan atau penawaran untuk jualan atau belian mana-mana kepentingan dalam sesuatu skim unit amanah, dibenarkan untuk meneruskan apa-apa aktiviti tanpa memegang Lesen
Perkhidmatan Pasaran Modal bagi tempoh satu tahun dari tarikh mula kuat kuasa tertakluk pada apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang boleh ditetapkan oleh Suruhanjaya.
Suruhanjaya boleh menjalankan mana-mana kuasanya di bawah Akta ini berkenaan dengan seseorang orang berlesen terhadap syarikat pengurusan yang disebut dalam subseksyen (1).