Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 · Updated to 2 Jan 2025 · Bahagian VIII · Pelakuan Perniagaan dan Perlindungan Pengguna
122. Pemakaian
Feedback & supportSeksyen 123
dan 124
hendaklah terpakai tanpa memudaratkan peruntukan
Akta
Pasaran
Modal dan
Perkhidmatan 2007 setakat peruntukan sedemikian berhubung dengan produk pasaran modal atau perkhidmatan pasaran modal sebagaimana yang ditakrifkan dalam subseksyen 2(1) Akta Pasaran Modal dan
Perkhidmatan 2007, yang dibangunkan, ditawarkan atau dipasarkan oleh bank berlesen, penanggung insurans berlesen atau bank pelaburan berlesen.
Bank hendaklah membuat perkiraan secara bertulis dengan
Suruhanjaya Sekuriti untuk menyelaraskan pengawalseliaan pelakuan perniagaan yang berhubungan dengan produk pasaran modal atau perkhidmatan pasaran modal sebagaimana yang ditakrifkan dalam subseksyen 2(1) Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007, yang dibangunkan, ditawarkan atau dipasarkan oleh bank berlesen, penanggung insurans berlesen atau bank pelaburan berlesen.
142 Undang-Undang Malaysia AKTA 758