Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 · Updated to 2 Jan 2025 · Bahagian VIII · Pelakuan Perniagaan dan Perlindungan Pengguna
136. Deposit
Feedback & supportBagi maksud seksyen 137 dan 138, “deposit” ertinya sejumlah wang atau apa-apa logam berharga atau batu berharga, atau apa-apa artikel atau benda sebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri, atas syor Bank, disetuju terima, dibayar atau diserah atas terma yang akan dibayar balik atau dipulangkan secara penuh, tidak kira sama ada pembayaran balik atau pemulangan itu melalui cara ansuran, dengan atau tanpa faedah atau apa-apa balasan lain dengan wang atau nilai wang, sama ada atas permintaan atau pada suatu masa atau dalam hal keadaan yang dipersetujui oleh atau bagi pihak orang yang membuat pembayaran atau penyerahan dan orang yang menerimanya, tetapi tidak termasuk wang yang dibayar secara bona fide—
melalui suatu pendahuluan atau suatu bahagian pembayaran di bawah suatu kontrak untuk jualan, sewaan atau penyediaan harta atau perkhidmatan lain, dan yang hanya boleh dibayar balik dalam hal apabila harta atau perkhidmatan itu pada hakikatnya tidak dijual, disewa atau disediakan selainnya;
melalui cagaran bagi pelaksanaan suatu kontrak atau melalui cagaran berkenaan dengan apa-apa kerugian yang berbangkit daripada kontrak yang tidak dilaksanakan;
tanpa mengehadkan perenggan (b), melalui cagaran bagi penyerahan atau pemulangan apa-apa harta, sama ada dalam keadaan bagi pembaikan atau selainnya; dan
dalam apa-apa hal keadaan lain, atau untuk atau oleh mana-mana orang lain, sebagaimana yang dinyatakan dalam
Jadual 2.