Skip to content
In forceUpdated to 2 Jan 2025Read it in English

Bahagian VIII · Pelakuan Perniagaan dan Perlindungan Pengguna

139. Sekatan atas penggunaan perkataan tertentu

Feedback & support
(1)

Kecuali dengan kelulusan bertulis terdahulu Bank, tiada seorang pun boleh—

(a)

dalam namanya, perihalannya atau gelarannya yang

154 Undang-Undang Malaysia AKTA 758

di bawahnya orang itu menjalankan perniagaan atau melakukan perniagaannya, menggunakan—

(i)

perkataan “bank” melainkan jika orang itu dilesenkan di bawah Akta ini untuk menjalankan perniagaan perbankan atau perniagaan perbankan pelaburan;

(ii)

perkataan “insurans” atau “asurans” melainkan jika orang itu diberi kuasa atau berdaftar di bawah Akta ini untuk menjalankan perniagaan insurans, perniagaan pembrokeran insurans, perniagaan nasihat kewangan atau perniagaan pengajusteran;

(iii)

perkataan “penasihat kewangan” melainkan jika orang itu diluluskan di bawah Akta ini untuk menjalankan perniagaan nasihat kewangan;

(iv)

apa-apa terbitan perkataan dalam subperenggan (i), (ii)

atau (iii) dalam mana-mana bahasa; atau

(v)

apa-apa perkataan lain dalam mana-mana bahasa, yang boleh ditafsirkan sebagai menunjukkan penjalanan apa-apa perniagaan dibenarkan atau berdaftar; atau

(b)

membuat apa-apa representasi yang mempunyai kesan seperti dalam perenggan (a) dalam apa-apa dokumen yang berhubungan dengan perniagaannya atau dokumen yang digunakan dalam penjalanan perniagaannya atau dalam apa-apa cara lain walau apa jua.

(2)

Sekatan dalam subseksyen (1) tidak terpakai bagi—

(a)

orang yang ditentukan dalam Bahagian 1 Jadual 12 bagi perkataan “bank” dalam subperenggan (1)(a)(i);

(b)

orang yang ditentukan dalam Bahagian 2 Jadual 12

bagi perkataan

“insurans”

atau

“asurans”

dalam subperenggan (1)(a)(ii); dan

(c)

orang yang ditentukan dalam Bahagian 3 Jadual 12

bagi perkataan

“penasihat kewangan”

dalam subperenggan (1)(a)(iii).

Perkhidmatan Kewangan 155

(3)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lapan tahun atau didenda tidak melebihi dua puluh lima juta ringgit atau kedua-duanya.

Report

Bahagian IX

Pasaran Wang dan Pasaran Pertukaran Asing

Bahagian X

Pengemukaan Dokumen atau Maklumat

Bahagian XI

Pemeriksaan

Bahagian XII

Arahan Pematuhan

Bahagian XIII

Campur Tangan dan Tindakan Remedi

Bahagian XIV

Kuasa Bank yang Lain

Bahagian XV

Penguatkuasaan dan Penalti

Bahagian XVI

Peruntukan Am

Bahagian XVII

Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan

Bahagian

Bahagian 1 Jadual 1 atau sistem pembayaran yang dinyatakan dalam

Bahagian

Bahagian 2 Jadual 1.

Schedules