Skip to content
In forceUpdated to 2 Jan 2025Read it in English

Bahagian VIII · Pelakuan Perniagaan dan Perlindungan Pengguna

126. Skim ombudsman kewangan

Feedback & support
(1)

Bagi maksud memastikan pengendalian aduan yang

Perkhidmatan Kewangan 145

berkesan dan adil dan bagi penyelesaian pertikaian berkaitan dengan perkhidmatan atau produk kewangan, peraturan-peraturan boleh dibuat di bawah seksyen 260 untuk menghendaki mana-mana kelas, kategori atau perihalan penyedia perkhidmatan kewangan—

(a)

menjadi suatu anggota skim ombudsman kewangan yang diluluskan di bawah subseksyen (2); dan

(b)

pada setiap masa, mematuhi terma keanggotaan skim itu.

(2)

Bank boleh meluluskan mana-mana skim ombudsman kewangan bagi maksud perenggan (1)(a).

(3)

Peraturan-peraturan boleh dibuat di bawah seksyen 260 bagi maksud memastikan skim ombudsman kewangan adalah adil, mudah diakses dan berkesan, termasuk peraturan-peraturan mengenai yang berikut:

(a)

perkara yang Bank boleh mengambil kira dalam memutuskan sama ada untuk meluluskan skim ombudsman kewangan di bawah subseksyen (2);

(b)

fungsi dan kewajipan, atau kehendak lain untuk dipatuhi oleh mana-mana orang yang mengendalikan skim ombudsman kewangan;

(c)

terma skim ombudsman kewangan yang menyatakan ruang lingkup termasuk jenis pertikaian yang boleh dirujuk kepadanya dan pengadunya yang layak, kehendak keanggotaan, permohonan, pengendalian, tatacara, fi yang boleh dicajkan dan jenis award yang boleh diberikan di bawah skim ombudsman kewangan;

(d)

pelantikan pengarah bagi mana-mana orang yang mengendalikan skim ombudsman kewangan;

(e)

dokumen atau maklumat yang hendaklah dikemukakan oleh mana-mana orang yang mengendalikan skim ombudsman kewangan kepada Bank; dan

(f)

penarikan atau penggantungan suatu kelulusan di bawah subseksyen (2).

146 Undang-Undang Malaysia AKTA 758

(4)

Suatu penyedia perkhidmatan kewangan, yang ialah suatu anggota skim ombudsman kewangan yang diluluskan di bawah subseksyen (2), hendaklah—

(a)

memberikan dokumen atau maklumat sebagaimana yang dikehendaki bagi maksud menyelesaikan pertikaian yang dirujuk kepada skim ombudsman kewangan itu; dan

(b)

mematuhi apa-apa award yang diberikan di bawah skim ombudsman kewangan itu, termasuk suatu arahan yang menghendaki penyedia perkhidmatan kewangan itu untuk mengambil apa-apa langkah berhubung dengan suatu pertikaian.

(5)

Jika suatu pertikaian telah dirujuk kepada skim ombudsman kewangan oleh pengadu yang layak, pengadu yang layak itu tidak berhak untuk membuat suatu tuntutan atas pertikaian itu dengan

Tribunal

Tuntutan

Pengguna yang ditubuhkan di bawah

Akta Perlindungan Pengguna 1999 [Akta 599].

Perkara insurans

Report

Bahagian IX

Pasaran Wang dan Pasaran Pertukaran Asing

Bahagian X

Pengemukaan Dokumen atau Maklumat

Bahagian XI

Pemeriksaan

Bahagian XII

Arahan Pematuhan

Bahagian XIII

Campur Tangan dan Tindakan Remedi

Bahagian XIV

Kuasa Bank yang Lain

Bahagian XV

Penguatkuasaan dan Penalti

Bahagian XVI

Peruntukan Am

Bahagian XVII

Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan

Bahagian

Bahagian 1 Jadual 1 atau sistem pembayaran yang dinyatakan dalam

Bahagian

Bahagian 2 Jadual 1.

Schedules