Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 · Updated to 2 Jan 2025 · Bahagian VIII · Pelakuan Perniagaan dan Perlindungan Pengguna
125. Section 125
Feedback & supportBroker insurans yang diluluskan, penasihat kewangan yang diluluskan dan pengeluar instrumen pembayaran yang ditetapkan yang diluluskan untuk mengadakan akaun pelanggan
Jika—
broker insurans yang diluluskan atau penasihat kewangan yang diluluskan menerima apa-apa wang—
144 Undang-Undang Malaysia AKTA 758
daripada atau bagi pihak seorang yang diinsuranskan atau bakal diinsuranskan bagi atau bagi pihak penanggung insurans berlesen berkaitan dengan suatu kontrak insurans atau suatu kontrak insurans yang dicadangkan; atau
daripada atau bagi pihak penanggung insurans berlesen bagi atau bagi pihak seorang orang yang diinsuranskan; atau
pengeluar instrumen pembayaran yang ditetapkan yang diluluskan sebagaimana yang diputuskan oleh Bank, menerima apa-apa wang daripada atau bagi pihak penggunanya sebagai pertukaran bagi instrumen pembayaran yang dikeluarkan, orang yang diluluskan itu hendaklah, bagi maksud seksyen ini, mengadakan dan menyenggara satu atau lebih akaun untuk pelanggannya dalam bank berlesen yang berasingan daripada akaunnya sendiri.
Bagi maksud subseksyen (1)—
suatu lien atau tuntutan atas, atau suatu hak untuk menolak, wang dalam mana-mana akaun yang diadakan untuk pelanggan di bawah subseksyen (1) hendaklah terbatal melainkan jika wang itu adalah untuk fi yang kena dibayar dan terhutang kepada orang yang diluluskan itu; dan
suatu gadaian, gadai janji atau suatu penahanan atas wang dalam mana-mana akaun yang diadakan untuk pelanggan di bawah subseksyen (1) hendaklah terbatal.
Wang dalam akaun yang diadakan untuk pelanggan di bawah subseksyen (1) adalah dikira untuk dipegang sebagai amanah oleh orang yang diluluskan bagi manfaat pelanggan itu.