Skip to content
In forceUpdated to 2 Jan 2025Read it in English

Bahagian VIII · Pelakuan Perniagaan dan Perlindungan Pengguna

133. Kerahsiaan

Feedback & support
(1)

Tiada seorang pun yang mempunyai akses kepada apa-apa dokumen atau maklumat yang berhubungan dengan hal ehwal atau akaun mana-mana pelanggan suatu institusi kewangan, termasuk—

(a)

institusi kewangan itu; atau

Perkhidmatan Kewangan 149

(b)

mana-mana orang yang ialah atau pernah menjadi pengarah, pegawai atau ejen institusi kewangan itu, boleh mendedahkan kepada seorang lain apa-apa dokumen atau maklumat yang berhubungan dengan hal ehwal atau akaun mana-mana pelanggan institusi kewangan itu.

(2)

Subseksyen (1) tidak terpakai bagi apa-apa dokumen atau maklumat yang berhubungan dengan hal ehwal atau akaun mana-mana pelanggan institusi kewangan—

(a)

yang didedahkan kepada Bank, mana-mana pegawai Bank atau mana-mana orang yang dilantik di bawah Akta ini atau Akta Bank Negara Malaysia 2009 bagi maksud melaksanakan mana-mana kuasa atau fungsi Bank di bawah

Akta ini atau Akta Bank Negara Malaysia 2009;

(b)

yang berbentuk ringkasan atau himpunan maklumat yang dinyatakan dengan apa-apa cara yang tidak membolehkan maklumat yang berhubungan dengan mana-mana pelanggan tertentu institusi kewangan itu ditentukan daripadanya; atau

(c)

yang pada masa pendedahan itu adalah, atau telah pun sedia ada dibuat menurut undang-undang kepada orang awam daripada apa-apa sumber selain institusi kewangan itu.

(3)

Tiada seorang pun yang mempunyai apa-apa dokumen atau maklumat yang pada pengetahuannya telah didedahkan dengan melanggar subseksyen (1) boleh mendedahkannya kepada mana-mana orang lain.

(4)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) atau (3)

melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau didenda tidak melebihi sepuluh juta ringgit atau kedua-duanya.

150 Undang-Undang Malaysia AKTA 758

Report

Bahagian IX

Pasaran Wang dan Pasaran Pertukaran Asing

Bahagian X

Pengemukaan Dokumen atau Maklumat

Bahagian XI

Pemeriksaan

Bahagian XII

Arahan Pematuhan

Bahagian XIII

Campur Tangan dan Tindakan Remedi

Bahagian XIV

Kuasa Bank yang Lain

Bahagian XV

Penguatkuasaan dan Penalti

Bahagian XVI

Peruntukan Am

Bahagian XVII

Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan

Bahagian

Bahagian 1 Jadual 1 atau sistem pembayaran yang dinyatakan dalam

Bahagian

Bahagian 2 Jadual 1.

Schedules