Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 · Updated to 2 Jan 2025 · Bahagian VIII · Pelakuan Perniagaan dan Perlindungan Pengguna
123. Standard mengenai pelakuan perniagaan
Feedback & supportBank boleh menentukan standard mengenai pelakuan perniagaan kepada penyedia perkhidmatan kewangan bagi maksud memastikan bahawa penyedia perkhidmatan kewangan adalah adil, bertanggungjawab dan profesional apabila berurusan dengan pengguna kewangan.
Tanpa mengehadkan keluasan subseksyen (1), standard yang ditentukan di bawah subseksyen itu boleh termasuk standard yang berhubungan dengan—
kehendak ketelusan dan pendedahan termasuk pemberian maklumat yang tepat, jelas, tepat pada masanya dan tidak mengelirukan kepada pengguna kewangan;
terma yang adil dalam suatu kontrak pengguna kewangan bagi perkhidmatan atau produk kewangan;
promosi perkhidmatan atau produk kewangan;
pemberian syor atau nasihat termasuk penilaian kesesuaian dan kemampuan perkhidmatan atau produk kewangan yang ditawarkan kepada pengguna kewangan; dan
aduan dan mekanisme penyelesaian pertikaian.
Bank boleh menentukan apa-apa golongan, kategori atau perihalan orang bagi maksud takrif “pengguna kewangan” dalam seksyen 121.
Jika Bank menentukan suatu standard mengenai pelakuan perniagaan di bawah subseksyen (1) yang berhubung secara khusus kepada produk pasaran modal atau perkhidmatan pasaran modal sebagaimana yang ditakrifkan dalam subseksyen 2(1) Akta Pasaran
Modal dan Perkhidmatan 2007, standard itu hendaklah ditentukan secara bersesama dengan Suruhanjaya Sekuriti.