Skip to content
In forceUpdated to 2 Jan 2025Read it in English

Bahagian VIII · Pelakuan Perniagaan dan Perlindungan Pengguna

134. Pendedahan yang dibenarkan

Feedback & support
(1)

Suatu institusi kewangan atau mana-mana pengarahnya atau pegawainya boleh—

(a)

untuk apa-apa maksud atau dalam apa-apa hal keadaan yang dinyatakan dalam ruang pertama Jadual 11, mendedahkan apa-apa dokumen atau maklumat yang berhubungan dengan hal ehwal atau akaun pelanggannya kepada mana-mana orang yang ditentukan dalam ruang kedua Jadual itu; atau

(b)

mendedahkan apa-apa dokumen atau maklumat yang berhubungan dengan hal ehwal atau akaun pelanggannya itu kepada mana-mana orang jika pendedahan itu diluluskan secara bertulis oleh Bank.

(2)

Institusi kewangan itu atau pengarahnya atau pegawainya yang membuat pendedahan bagi maksud atau dalam mana-mana hal keadaan yang dinyatakan dalam Jadual 11 dan perenggan (1)(b), hendaklah tertakluk pada apa-apa syarat sebagaimana yang ditentukan oleh Bank.

(3)

Bagi maksud subseksyen (2), Bank boleh pada bila-bila masa meminda atau membatalkan apa-apa syarat sedia ada atau mengenakan apa-apa syarat baharu berkenaan dengan pendedahan yang dibenarkan oleh institusi kewangan itu sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual 11 atau perenggan (1)(b).

(4)

Mana-mana orang yang menerima apa-apa dokumen atau maklumat yang berhubungan dengan hal ehwal atau akaun pelanggan sebagaimana yang dibenarkan di bawah subseksyen (1)

tidak boleh mendedahkan dokumen atau maklumat itu kepada mana-mana orang lain.

(5)

Dalam mana-mana prosiding di bawah perenggan 3, 4, 5, 6 atau 7 ruang pertama Jadual 11 atau hal keadaan yang diluluskan oleh Bank di bawah perenggan (1)(b), jika apa-apa dokumen atau maklumat berkemungkinan akan didedahkan yang berhubungan dengan akaun pelanggan, mahkamah boleh atas usulnya sendiri, atau atas

Perkhidmatan Kewangan 151

permohonan suatu pihak kepada prosiding itu atau pelanggan yang dokumen atau maklumat itu berhubungan—

(a)

memerintahkan supaya prosiding itu dijalankan secara tertutup dan dalam hal itu, dokumen atau maklumat itu hendaklah menjadi rahsia antara mahkamah dan pihak padanya, dan tiada pihak pun boleh mendedahkan dokumen atau maklumat itu kepada mana-mana orang lain; dan

(b)

membuat apa-apa perintah lanjut sebagaimana yang mahkamah berpendapat adalah perlu untuk memastikan kerahsiaan maklumat pelanggan itu.

(6)

Melainkan jika diperintahkan sebaliknya oleh mahkamah, tiada seorang pun boleh menyiarkan nama, alamat atau fotograf mana-mana pihak kepada prosiding itu sebagaimana yang disebutkan dalam subseksyen (5), atau apa-apa dokumen atau maklumat bermungkinan membawa kepada pengenalpastian pihak padanya, sama ada semasa berlangsungnya prosiding itu atau pada bila-bila masa selepas prosiding itu tamat.

(7)

Mana-mana orang yang gagal untuk mematuhi syarat yang dikenakan oleh Bank menurut subseksyen (2) atau (3) atau melanggar subseksyen (4) atau (6) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau didenda tidak melebihi sepuluh juta ringgit atau kedua-duanya.

Sekatan yang berhubungan dengan perlindungan pengguna

Report

Bahagian IX

Pasaran Wang dan Pasaran Pertukaran Asing

Bahagian X

Pengemukaan Dokumen atau Maklumat

Bahagian XI

Pemeriksaan

Bahagian XII

Arahan Pematuhan

Bahagian XIII

Campur Tangan dan Tindakan Remedi

Bahagian XIV

Kuasa Bank yang Lain

Bahagian XV

Penguatkuasaan dan Penalti

Bahagian XVI

Peruntukan Am

Bahagian XVII

Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan

Bahagian

Bahagian 1 Jadual 1 atau sistem pembayaran yang dinyatakan dalam

Bahagian

Bahagian 2 Jadual 1.

Schedules