Skip to content
In forceUpdated to 2 Jan 2025Read it in English
Contents

Bahagian XIII · Campur Tangan dan Tindakan Remedi

186. Kuasa untuk mengurangkan modal syer institusi

Feedback & support
(1)

Walau apa pun apa-apa dokumen konstituen suatu institusi,

Bank boleh memohon kepada

Mahkamah

Tinggi untuk suatu perintah—

(a)

jika modal berbayar institusi itu telah hilang atau tidak diwakili oleh aset yang sedia ada, untuk membatalkan modal berbayar institusi itu yang telah hilang atau tidak diwakili oleh aset sedia ada; atau

(b)

jika suatu panggilan telah dibuat oleh institusi itu atas anggotanya untuk membayar bahagian syer masing-masing yang belum berbayar, jika ada, dan bayaran belum dibuat dalam tempoh yang ditetapkan dalam panggilan itu, untuk menggabungkan bahagian syer yang telah berbayar sebagai berbayar sepenuhnya dan untuk membatalkan apa-apa syer yang masih tidak berbayar.

(2)

Jika Bank memohon untuk membatalkan modal syer di bawah subseksyen (1), institusi itu tidak dikehendaki untuk memberi notis atau mendapatkan kelulusan daripada anggota atau pemiutangnya dalam suatu mesyuarat agung atau selainnya.

(3)

Tertakluk pada subseksyen (1) dan (2), peruntukan seksyen 64

*Akta Syarikat 1965 hendaklah terpakai.

*CATATAN—Akta Syarikat 1965 [Akta 125] telah dimansuhkan oleh Akta Syarikat 2016 [Akta 777]

yang mula berkuat kuasa pada 31 Januari 2017—lihat subseksyen 620 (1) Akta 777.

Perkhidmatan Kewangan 193

Subpenggal 7 – Bantuan kewangan

Report

Bahagian XIV

Kuasa Bank yang Lain

Bahagian XV

Penguatkuasaan dan Penalti

Bahagian XVI

Peruntukan Am

Bahagian XVII

Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan

Bahagian

Bahagian 1 Jadual 1 atau sistem pembayaran yang dinyatakan dalam

Bahagian

Bahagian 2 Jadual 1.

Schedules