Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 · Updated to 2 Jan 2025 · Bahagian XIII · Campur Tangan dan Tindakan Remedi
188. Bantuan likuiditi atau kewangan kepada institusi
Feedback & supportWalau apa pun seksyen 76 Akta Bank Negara Malaysia 2009
dan tertakluk pada subseksyen 160(1)—
Bank boleh menyediakan bantuan likuiditi atas apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang disifatkan layak oleh
Bank, kepada institusi yang pada pendapat Bank hampir atau berkemungkinan untuk menggantung pembayaran pada apa-apa takat; atau
jika apa-apa hal keadaan yang dinyatakan dalam seksyen 165
wujud berkenaan dengan suatu institusi, Bank boleh, dengan kelulusan terdahulu
Menteri, menyediakan bantuan kewangan kepada institusi yang lain atau mana-mana orang lain untuk membeli apa-apa syer, atau keseluruhan atau mana-mana bahagian perniagaan, aset atau liabiliti, institusi yang pertama kali disebut.
Subpenggal 8 – Moratorium