Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 · Updated to 2 Jan 2025 · Bahagian XIII · Campur Tangan dan Tindakan Remedi
183. Penangguhan berkenaan dengan institusi perantaraan
Feedback & supportSemasa tempoh sembilan puluh hari berikutan penamaan institusi perantaraan—
(a)
tiada tindakan, guaman atau prosiding dalam mana-mana mahkamah atau tribunal, boleh dimulakan atau diteruskan terhadap institusi perantaraan itu atau berkenaan dengan asetnya;
(b)
tiada penahanan, garnisan, pelaksanaan atau kaedah lain bagi menguatkuasakan suatu penghakiman, award atau perintah terhadap institusi perantaraan itu atau asetnya boleh dibuat atau diteruskan; dan
(c)
tiada pemiutang institusi perantaraan itu mempunyai apa-apa remedi terhadap institusi perantaraan itu atau asetnya.