Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 · Updated to 2 Jan 2025 · Bahagian XIII · Campur Tangan dan Tindakan Remedi
196. Pelantikan dan saraan pelikuidasi
Feedback & support(1)
Mahkamah Tinggi, jika suatu perintah penggulungan dibuat berkenaan dengan institusi menurut seksyen 193, hendaklah melantik sebagai pelikuidasi mana-mana orang sebagaimana yang ditentukan oleh Bank dalam permohonannya dan hendaklah menentukan bahawa saraan pelikuidasi itu hendaklah diputuskan oleh Bank.
(2)
Atas suatu permohonan oleh Bank, Mahkamah Tinggi hendaklah melantik sebagai pelikuidasi mana-mana orang sebagaimana yang ditentukan oleh Bank dalam permohonannya—
(a)
untuk mengisi suatu kekosongan; atau
(b)
untuk memecat dan menggantikan pelikuidasi yang dilantik di bawah subseksyen (1).
Perkhidmatan Kewangan 197