Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 · Updated to 2 Jan 2025 · Bahagian XIII · Campur Tangan dan Tindakan Remedi
182. Institusi perantaraan tidak bertanggungan atas obligasi terdahulu berkenaan dengan pegawai
Feedback & supportJika institusi perantaraan menjadi majikan mana-mana individu yang adalah pegawai atau bekas pegawai orang berlesen, institusi perantaraan itu tidak—
bertanggungan bagi apa-apa obligasi orang berlesen atau pendulunya berkenaan dengan individu itu yang wujud sebelum institusi perantaraan itu menjadi majikan individu itu atau berkenaan dengan apa-apa rancangan pencen atau rancangan manfaat lain selepas pekerjaan bagi individu itu
Perkhidmatan Kewangan 191
atau penakatnya, atau berkenaan dengan apa-apa perjanjian kolektif dengan suatu kesatuan sekerja atau suatu majlis kesatuan sekerja; atau
bertanggungan bagi apa-apa upah atau gaji yang dikira dengan merujuk kepada suatu tempoh masa sebelum institusi perantaraan itu menjadi majikan individu berkenaan.